Daripada pemerhatian yg di buat sepanjang percubaan sistem sms (trial version), di dapati jumlah jamaah yang datang ke surau sama ada untuk bersolat, berkuliah atau aktivit lain semakin meningkat. Kemungkinan kurangnya jamaah sebelum ini disebabkan maklumat & hebahan aktiviti surau tidak sampai kepada mereka.
Melihat kpd sambutan yg menggalakkan, pengerusi surau madinah & AJK telah memutuskan pada mesyuarat yang lepas untuk membuat pembelian sistem sms tersebut untuk dipasang secara kekal di surau. Dengan adanya sistem ini di surau diharap dapat memudahkan AJK surau membuat hebahan secara konsisten dari segi aktiviti surau, pemakluman kuliah dan perkara-perkara lain seperti kematian dan sebagainya.
Setiap sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 06-019-01-006876-1 dan di maklumkan ke bendahari surau melalui sms nombor 013-9232417
Kepada yg membaca blog ini mohon di war-warkan kepada sahabat2 yg lain....Jika tidak mampu menyumbang dlm bentuk wang tunai, sekurang-kurangnya kita menyumbang dari segi hebahan kpd pelayar internet yg lain ataupun di buat hyperlink/sharing di blog / facebook masing-masing.
Semoga Allah memberkati segala sumbangan anda & dilimpahi rahmat dan rezeki yang bertambah dari Allah SWT.....
Jazakumullahu khairan (“Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal.”)