Monday, 5 August 2013

Lokasi Pembinaan Tandas & Pagar Surau

Assalamualaikum,

Merujuk kpd posting yg terdahulu, surau madinah telah melancarkan tabung wakaf bagi pembinaan tandas dan pagar surau. Dalam posting terbaru ini , disertakan gambar lokasi bagi tujuan tersebut.





Sumbangan boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari iaitu Encik Rosli Kamaruzzaman (H/P: 013-9232417) atau bank in ke akaun Bank Islam 06-019-01-006876-1 . Sila maklumkan kpd bendahari melalui sms jika membuat sumbangan melalui bank transfer.

Mohon disebarkan kepada semua.

Wassalam


Sunday, 21 July 2013

Wakaf Untuk Pembinaan Tandas & Pagar Surau



Assalamualaikum,

Mohon sumbangan wakaf dari semua untuk pembinaan tandas & pagar surau. Sumbangan boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari iaitu Encik Rosli Kamaruzzaman (H/P: 013-9232417) atau bank in ke akaun Bank Islam 06-019-01-006876-1 . Sila maklumkan kpd bendahari melalui sms jika membuat sumbangan melalui bank transfer.

Mohon disebarkan kepada semua.

Wassalam




Tuesday, 28 May 2013

Semak arah qiblat

Hari ini adalah waktu yg sesuai untuk menyemak arah qiblat di rumah masing-masing menggunakan kaedah istiwa. Bagi tahun 2013 masihi bersamaan 1434 Hijri, berlaku 2 kali waktu istiwa iaitu pada 28 Mei 2013 dan 17 Julai 2013.

Apakah fenomena istiwa a'zam?
Bagaiman untuk menyemak arah qiblat di rumah masing-masing?

Ikuti video penerangan yang jelas dan mudah pada paparan di bawah :


Admin pernah mencuba kaedah ini pada tahun lepas iaitu pada 16 Julai 2012 jam 5.28 petang. Hasil semakan qiblat adalah seperti gambar di bawah.



Selamat mencuba...Wassalam..


Rujukan :
Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham
Pensyarah di Pusat Bahasa Moden Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
Blog : http://abidfana.com/



Sunday, 26 May 2013

Gotong Royong Surau Madinah Tahun 2013 Bersama Anggota Bomba Taman Tas

Surau Madinah - 16 Rejab 1434 H bersamaan 26 May 2013 :: Gotong-royong antara penduduk setempat dan jemaah surau madinah bersama anggota Bomba berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Objektif gotong-royong adalah utk membersihkan kawasan dalaman surau , laluan longkang & paip yg tersumbat di luar surau dan juga persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Dengan bantuan penduduk kampung & pihak Bomba, kesemua perancangan tersebut telah berjalan dengan lancar.

Moga kerjasama sebegini akan berterusan di masa-masa yg akan datang.... Doakan semoga semakin ramai penduduk kampung dapat hadir ke surau & sekaligus dapat memberi kefahaman agama yg lebih jelas kpd masyarakat setempat.

Di bawah adalah beberapa gambar aktiviti gotong-royong & video pembersihan paip yg tersumbat oleh pihak Bomba Taman Tas.













Friday, 24 May 2013

Mesyuarat Agung Surau Madinah Kali Ke 5

Surau Madinah - 14 Rejab 1434 H bersamaan 24 May 2013 :: Mesyuarat agung surau madinah kali ke-5 telah diadakan di dewan serbaguna pada hari Jumaat lepas. Mesyuarat yang diadakan setiap 2 tahun sekali itu telah dihadiri seramai 44 orang terdiri daripada jemaah surau dan penduduk sekitar.

Jawatankuasa baru bagi tahun 2013/2014 adalah seperti di bawah :
Pengerusi
----------------
Ustaz Muhamad Yusoff B. Awang

Timb. Pengerusi
------------------------
Ustaz Shamsul Bin Ismail

Setiausaha
------------------
En Ahmad Hamidon Bin Jimian

Bendahari
------------------
En Rosli B. Kamaruzaman

Pemeriksa Kira-Kira
---------------------------------
1- Che Zairey Che Mansor
2- Zaidin B Mohamad

AJK 
-------
1- Tn Haji Yusof Bin Harun
2- En Yahya B Razali 
3- En Ahmad Zamzamin B. Ahmad 
4- En Adnan B Mat Zin 
5- En Wan Mohd Hafiz Wan Harun 
6- En Ryzal Abd Samat
7- En Mohd Shafie Bakar
8- En Kamarul Arifin Mohamed
9- En Hishamudin Ahmad
10- En Zulkarnain B Rawi
11- Pn Azian Bt Mohd Said 
12- Ustazah Rohani Bt Harun
13- Pn Zubaidah Bt Jusoh 
14- Pn Rumaino Bt Ngah 
15- Pn Suriani Bt Yahya

Diharap jawatankuasa baru ini dapat meneruskan kesinambungan tugas & amanah dengan istiqamah. Semoga surau madinah akan terus segar dengan program-program keagaaman.