Tuesday, 16 September 2014

Kerja-Kerja Fasa Akhir Menyiapkan Perpustakaan Di Surau Madinah



Pandangan Luar Perpustakaan Surau Madinah



Pandangan Dalam Perpustakaan Surau Madinah




Fasa awal pembinaan perpustakaan ini telah bermula pada bulan Julai 2014 dan melibatkan kerja-kerja menyiapkan ruang perpustakaan dan pemasangan rak buku. Kerja-kerja tersebut telah siap pada awal bulan September 2014.


Status terkini adalah kerja-kerja untuk menyiapkan perpustakaan di Surau Madinah telah masuk ke fasa akhir. Pihak surau sedang mengumpulkan bahan-bahan bacaan ilmiah seperti majalah-majalah Islam (Solusi, Al-Ustaz, Fardhu Ain dsb) dan buku-buku bacaan yg sesuai dengan target pengguna di perpustakaan tersebut iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa.

Pihak surau amat hargai jika ada diantara jemaah / individu / kumpulan yang sudi menyumbang bahan bacaan ilmiah berbentuk majalah seperti majalah Solusi , al-Ustaz dsb secara bulanan. 

Sebarang cadangan, sumbangan atau soalan boleh email kepada admin@suraumadinah.com 

Moga usaha kita yang sedikit ini memberi manfaat kpd semua dan dipandang oleh Allah swt sebagai amal soleh yang membantu kita di akhirat kelak.



Jazakumullah hukhairan kathira