Alhamdulilah..
Selawat dan salam buat junjungan nabi kita, Muhammad S.A.W..Semoga
kita semua mendapat syafaat baginda di hari yang tidak ada yang mampu untuk
memberikan syafaat melainkan syafaat baginda nabi Muhamaad S.A.W yang mulia
ini.
Keutamaan berdoa..
Para sahabat sekalian,
Seringkali kita menadah tangan memohon hajat dan
harapan daripada Allah SWT kerana Dialah
pemilik alam yang kita diami ini. Namun sedarkah kita bahawa doa dan harapan
yang kita panjatkan itu adakah benar-benar datang dari lubuk hati kita atau
sekadar lafaz biasa-biasa?. Dan
mengapakah harapan dan doa kita itu hanya berlegar sewaktu kita berada pada
situasi cemas sahaja, seolah-olah Allah itu hanya berada bersama kita disaat
getir sahaja ke?. Dimana Allah dihati kita jika keadaan kita disaat ini
selamat, sihat dan bahagia ?.
Oleh sebab itu, penulis berhajat untuk kita bersama-sama
meneladani amalan berdoa yang warid daripada Nabi s.a.w
bersandarkan takhrij (membenarkan) dan juga tashih (mengesahkan)
muhaddithin demi mengelak daripada mengambil doa yang jauh daripada amalan Nabi
s.a.w.
Berdoa dalam erti kata berdoa yang sebenarnya. Bukan
membaca doa tetapi berdoa. Sebelum penulis melanjutkan doa-doa yang boleh
dikongsikan bersama, terdapat beberapa adab yang harus kita sama-sama jaga
sebelum berdoa. Ini tidak ubah seperti kita memasuki rumah seseorang, perlu
meminta izin, kemudia menjaga adab sepanjang bertamu, demikian jugalah saat
kita memohon harap daripada Allah.
Sebelum kita semua berdoa, ada baiknya mengetahui
terlebih dahulu adab-adab dalam berdoa.
ADAB-ADAB
BERDOA
1. Berdoa dalam keadaan ikhlas kepada Allah.
2. Memulakan dengan
memuji Allah dan diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
3. Bersungguh-sungguh
dalam berdoa. Kerana sangkaan Allah itu terletak pada sangkaan manusia
kepadaNya.
4. Mengangkat kedua
belah tangan. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Mulia
lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu dan mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang
mengangkat tangannya berdoa tetapi tidak dimakbulkan permintaannya itu”.
(HR
Abu Dawud dan al- Tirmizi)
5. Memperbanyakkan
bersabar apabila menanti dimakbulkan doa oleh Allah. Manusia itu sering hendak
hajatnya cepat ditunaikan sedangkan
Allah mengurniakan tepat pada
waktunya. Nabi s.a.w bersabda :
“ Dikabulkan doa seseorang daripada kalian
selama mana dia tidak terburu-buru. Dia berkata: Aku sudah berdoa tetapi Allah
tidak memakbulkannya “.
(HR Bukhari dan Muslim)
6. Berdoa dalam apa juga
keadaaan bukan sekadar sewaktu cemas.
7. Berdoa untuk tujuan
kebaikkan bukan kecelakaan dan memutuskan silaturrahim.
8. Tidak berdoa di
tempat maksiat.
9. Merendahkan suara
ketika berdoa.
10. Berdoa dengan
menyebut “ Ya Rabb” sebanyak tiga kali. Daripada Atha’ r.a. berkata :
“ Tidaklah seseorang hamba
berkata “Ya Rabb”, sebanyak tiga kali melainkan Allah mendengar
permintaanya”.
11. Doa juga perlu
diulang-ulang sebanyak tiga kali sebagai tanda pentingnya hajat
dan permintaan hajat itu.
12. Menghadap ke arah
kiblat.
13.Mengangkat
kedua-dua belah tangan sewaktu berdoa. Bukan sekadar meletakkan tangan di atas riba seolah-olah
tidak bermaya dalam berdoa sebaliknya bersungguh-sungguh menadah tangan
mengharap diperkenankan hajat didalam berdoa.
14. Berdoa dalam
keadaan berwudu’.
15. Menggunakan ayat
yang ringkas namun padat dengan maksud doa itu.
16. Menyeru nama-nama
Allah dengan menyertakan asma’Nya yang mulia .
17. Bertawasul dengan
amal-amal soleh yang pernah dilakukan.
18.Makanan dan
minuman mestilah bersumberkan daripada yang halal. Meninggalkan yang syubhah
(meragukan) apatah lagi yang haram.
19. Dalam amal
seharian, memperbanyakkan amal makruf dan mencegah Kemungkaran.
20. Memulakan berdoa
untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa kepada orang lain.
21. Menyapu muka
selepas berdoa. Dalilnya datang daripada Ibn Abbas
berkata :
“ Apabila kamu memohon kepada Allah,
mohonlah dengan tapak-tapak tangan kamu dan janganlah memohon
dengan belakang tapak tangan kamu. Sapulah muka kamu dengan
tapak tangan .”
(HR Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim).
(HR Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim).
22. Mengaminkan doa
yang dibaca. Bagi doa yang dipanjatkan secara berjemaah, wajar makmum mengaminkan doa yang
didoakan oleh imam dengan menyebut “amin” yang bermaksud
perkenankanlah Ya Allah. Ini kerana jika lafaz “amin” yang diucapakan itu
bertepatan dengan “amin” para malaikat, maka dosa-dosanya yang lalu
diampunkan oleh Allah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud :
“
Sekiranya imam mengatakan “amin” maka ucapkanlah “amin”.
Sesiapa yang ucapan aminnya
itu bertepatan dengan ucapan amin para malaikat, segala dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah.”
(HR Bukhari, Muslim).
23. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah.
Rujukan
:
Zahazan Mohammed. (2006). 101 Doa
Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran
Khasiat & Khaifiat Beramal. Selangor, Malaysia : TelagaBiru Sdn. Bhd.
Zahazan Mohammed. (2007). 101 Doa
Daripada Hadis-Hadis Sahih. Selangor, Malaysia :
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Penulis Che Zairey Che Mansor merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau Kuantan. Dilantik sebagai imam di Surau Madinah. Terlibat dengan aktif dalam aktiviti anjuran surau madinah.