Monday, 5 August 2013

Lokasi Pembinaan Tandas & Pagar Surau

Assalamualaikum,

Merujuk kpd posting yg terdahulu, surau madinah telah melancarkan tabung wakaf bagi pembinaan tandas dan pagar surau. Dalam posting terbaru ini , disertakan gambar lokasi bagi tujuan tersebut.





Sumbangan boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari iaitu Encik Rosli Kamaruzzaman (H/P: 013-9232417) atau bank in ke akaun Bank Islam 06-019-01-006876-1 . Sila maklumkan kpd bendahari melalui sms jika membuat sumbangan melalui bank transfer.

Mohon disebarkan kepada semua.

Wassalam


Sunday, 21 July 2013

Wakaf Untuk Pembinaan Tandas & Pagar Surau



Assalamualaikum,

Mohon sumbangan wakaf dari semua untuk pembinaan tandas & pagar surau. Sumbangan boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari iaitu Encik Rosli Kamaruzzaman (H/P: 013-9232417) atau bank in ke akaun Bank Islam 06-019-01-006876-1 . Sila maklumkan kpd bendahari melalui sms jika membuat sumbangan melalui bank transfer.

Mohon disebarkan kepada semua.

Wassalam




Tuesday, 28 May 2013

Semak arah qiblat

Hari ini adalah waktu yg sesuai untuk menyemak arah qiblat di rumah masing-masing menggunakan kaedah istiwa. Bagi tahun 2013 masihi bersamaan 1434 Hijri, berlaku 2 kali waktu istiwa iaitu pada 28 Mei 2013 dan 17 Julai 2013.

Apakah fenomena istiwa a'zam?
Bagaiman untuk menyemak arah qiblat di rumah masing-masing?

Ikuti video penerangan yang jelas dan mudah pada paparan di bawah :


Admin pernah mencuba kaedah ini pada tahun lepas iaitu pada 16 Julai 2012 jam 5.28 petang. Hasil semakan qiblat adalah seperti gambar di bawah.



Selamat mencuba...Wassalam..


Rujukan :
Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham
Pensyarah di Pusat Bahasa Moden Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
Blog : http://abidfana.com/



Sunday, 26 May 2013

Gotong Royong Surau Madinah Tahun 2013 Bersama Anggota Bomba Taman Tas

Surau Madinah - 16 Rejab 1434 H bersamaan 26 May 2013 :: Gotong-royong antara penduduk setempat dan jemaah surau madinah bersama anggota Bomba berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Objektif gotong-royong adalah utk membersihkan kawasan dalaman surau , laluan longkang & paip yg tersumbat di luar surau dan juga persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Dengan bantuan penduduk kampung & pihak Bomba, kesemua perancangan tersebut telah berjalan dengan lancar.

Moga kerjasama sebegini akan berterusan di masa-masa yg akan datang.... Doakan semoga semakin ramai penduduk kampung dapat hadir ke surau & sekaligus dapat memberi kefahaman agama yg lebih jelas kpd masyarakat setempat.

Di bawah adalah beberapa gambar aktiviti gotong-royong & video pembersihan paip yg tersumbat oleh pihak Bomba Taman Tas.













Friday, 24 May 2013

Mesyuarat Agung Surau Madinah Kali Ke 5

Surau Madinah - 14 Rejab 1434 H bersamaan 24 May 2013 :: Mesyuarat agung surau madinah kali ke-5 telah diadakan di dewan serbaguna pada hari Jumaat lepas. Mesyuarat yang diadakan setiap 2 tahun sekali itu telah dihadiri seramai 44 orang terdiri daripada jemaah surau dan penduduk sekitar.

Jawatankuasa baru bagi tahun 2013/2014 adalah seperti di bawah :
Pengerusi
----------------
Ustaz Muhamad Yusoff B. Awang

Timb. Pengerusi
------------------------
Ustaz Shamsul Bin Ismail

Setiausaha
------------------
En Ahmad Hamidon Bin Jimian

Bendahari
------------------
En Rosli B. Kamaruzaman

Pemeriksa Kira-Kira
---------------------------------
1- Che Zairey Che Mansor
2- Zaidin B Mohamad

AJK 
-------
1- Tn Haji Yusof Bin Harun
2- En Yahya B Razali 
3- En Ahmad Zamzamin B. Ahmad 
4- En Adnan B Mat Zin 
5- En Wan Mohd Hafiz Wan Harun 
6- En Ryzal Abd Samat
7- En Mohd Shafie Bakar
8- En Kamarul Arifin Mohamed
9- En Hishamudin Ahmad
10- En Zulkarnain B Rawi
11- Pn Azian Bt Mohd Said 
12- Ustazah Rohani Bt Harun
13- Pn Zubaidah Bt Jusoh 
14- Pn Rumaino Bt Ngah 
15- Pn Suriani Bt Yahya

Diharap jawatankuasa baru ini dapat meneruskan kesinambungan tugas & amanah dengan istiqamah. Semoga surau madinah akan terus segar dengan program-program keagaaman.








Sunday, 24 June 2012

Sumbangan Untuk Pembelian Sistem SMS & PC

Assalamualaikum...


Pihak surau madinah sedang mengumpul dana untuk memasang sistem sms di surau bagi membolehkan setiap aktiviti surau & kuliah di war-warkan melalui sms..


Daripada pemerhatian yg di buat sepanjang percubaan sistem sms (trial version), di dapati jumlah jamaah yang datang ke surau sama ada untuk bersolat, berkuliah atau aktivit lain semakin meningkat. Kemungkinan kurangnya jamaah sebelum ini disebabkan maklumat & hebahan aktiviti surau tidak sampai kepada mereka.


Melihat kpd sambutan yg menggalakkan, pengerusi surau madinah & AJK telah memutuskan pada mesyuarat yang lepas untuk membuat pembelian sistem sms tersebut untuk dipasang secara kekal di surau. Dengan adanya sistem ini di surau diharap dapat memudahkan AJK surau membuat hebahan secara konsisten dari segi aktiviti surau, pemakluman kuliah dan perkara-perkara lain seperti kematian dan sebagainya.


Setiap sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 06-019-01-006876-1 dan di maklumkan ke bendahari surau melalui sms nombor 013-9232417


Kepada yg membaca blog ini mohon di war-warkan kepada sahabat2 yg lain....Jika tidak mampu menyumbang dlm bentuk wang tunai, sekurang-kurangnya kita menyumbang dari segi hebahan kpd pelayar internet yg lain ataupun di buat hyperlink/sharing di blog / facebook masing-masing.  


Semoga Allah memberkati segala sumbangan anda & dilimpahi rahmat dan rezeki yang bertambah dari Allah SWT.....


Jazakumullahu khairan (“Semoga Allah membalas  dengan kebaikan yang setimpal.”) 






Saturday, 7 April 2012


Assalamualaikum...Kempen 1 hari = 1 RM pernah di buat pada tahun lepas....Kita semarakkan kembali kempen yg sama pada tahun ini.. Untuk makluman semua, sumbangan anda semua telah digunakan sebaik mungkin utk aktiviti surau madinah. Antaranya :

1- Pembinaan Dewan Makan Surau Madinah
2- Pembinaan Pagar Fasa 1 (Pagar belakang surau)
3- Pembinaan Pagar Fasa 2 (Pagar Tepi surau)
4- Bayaran penceramah untuk kuliah

Surau madinah memerlukan dana yg berterusan dr anda semua utk menjalakan aktiviti-aktiviti sedia ada & perancangan untuk aktiviti-aktiviti terbaru..

Hulurkan sumbangan anda ke tabung surau madinah di :

- Petronas Jalan Kuantan Bypass
- Tabung di surau madinah

atau bank-in ke akaun



Bank Islam  06-019-01-006876-1


Kepada yg membaca blog ini mohon di war-warkan kepada sahabat2 yg lain....Jika tidak mampu menyumbang dlm bentuk wang tunai, sekurang-kurangnya kita menyumbang dari segi hebahan kpd pelayar internet yg lain ataupun di buat hyperlink di blog / facebook masing-masing.  

Semoga Allah memberkati segala sumbangan anda & dilimpahi rahmat dan rezeki yang bertambah dari Allah SWT. ....Jazakumullahu khairan (“Semoga Allah membalas  dengan kebaikan yang setimpal.”)


Sedikit perkongsian tazkirah....
Ada 4 pahala yang terus mengalir ke akaun kita selepas kita meninggal dunia :

1. Pahala Murabith iaitu mereka yang bertugas menjaga sempada negeri atau negara Islam daripada serangan musuh.


2. Pahala mengajar ilmu yang baik. 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” (Riwayat Muslim)
 .
3. Pahala Sedekah Jariah.
Sedekah jariah ertinya, sedekah yang mengalir. Ertinya bahan sedekah kita itu, selama ia masih diguna dan dimanfaatkan, walaupun kita telah meninggal dunia, pahalanya tetap mengalir masuk dalam akaun kita. Contohnya, bersedekah untuk membina masjid, menderma sajadah, membeli buku pelajaran dan sebagainya.


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali...salah satu drp seruannyanya ialah :
"Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan"  

4. Pahala dari doa anak yang soleh