Sunday, 19 June 2011

Gotong - Royong Surau Madinah

Surau Madinah - 17 Rejab 1432 H bersamaan 19 Jun 2011 :: Gotong-royong kali ke-2 pada tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan di surau madinah. Gotong -royong pertama telah dilakukan pada 17 April yg lepas.

Objektif gotong-royong kali ini adalah utk membersihkan kawasan dalaman surau , laluan longkang & paip yg tersumbat di luar surau dan juga persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Dengan bantuan penduduk kampung & pihak Bomba, kesemua perancangan tersebut telah berjalan dengan lancar.

Moga kerjasama sebegini akan berterusan di masa-masa yg akan datang.... Doakan semoga semakin ramai penduduk kampung dapat hadir ke surau & sekaligus dapat memberi kefahaman agama yg lebih jelas kpd masyarakat setempat.

Di bawah adalah beberapa gambar aktiviti gotong-royong & video pembersihan paip yg tersumbat oleh pihak Bomba Taman Tas.

" Hari ini kita bersihkan rumah Allah ; di alam kubur kelak Allah akan "bersihkan" rumah kita.....Inyaallah "






No comments:

Post a Comment